Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Kuala Pilah

Pengenalan Perpustakaan Tun Abdul Razak

Perpustakaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 di kampus sementara bertempat di Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur Jalan Melang Kuala Pilah. Perpustakaan ini kemudiannya berpindah ke kampus tetap UiTM di Pekan Parit Tinggi pada 2 Jun 2009. Sempena perpindahan ini, pihak pengurusan Perpustakaan UiTM Shah Alam telah memberikan nama perpustakaan UiTM ini sebagai Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan. PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan terletak di Aras 1 dan 2 Bangunan Akademik Fakulti Sains Gunaan. Pada masa kini, koleksi perpustakaan berjumlah 12,000 naskah berfokus kepada program-program pengajian utama yang dijalankan di sini antaranya sains gunaan, perladangan dan agroteknologi serta pengurusan perniagaan. PTAR kini boleh menampung kapasiti pengguna seramai 600 orang pada satu masa.

Visi

Menjadikan Perpustakaan UiTM yang unggul sebagai pemangkin kesarjanaan dan kecemerlangan universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang boleh dicapai oleh pengguna secra fizikal dan maya.

Misi

Mempertingkatkan perkhidmatan perpustakaan melalui sumber dan pengurusan ilmu serta teknologi terkini bagi menyokong pembelajran dan penyelidikan dengan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta penyediaan persekitaran yang selesa dan mesra untuk seluruh warga UiTM.

Piagam Pelanggan PTAR UiTM Negeri Sembilan

  1. Mengambil tindakan ke atas cadangan dan pesanan buku daripada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
  2. Memastikan setiap jurnal/majalah baru boleh dirujuk dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan
  3. Memastikan pendaftaran pengguna Pusat IT dilakukan dalam tempoh dua (2) minit
  4. Bahan segera (3 judul) siap diproses dan dihantar ke rak dalam tempoh dua (2) hari bekerja
  5. Pinjaman dan pemulangan buku dapat dilakukan dalam masa dua (2) minit bagi setiap buku
  6. Mengendalikan Program Pendidikan Pengguna dari setiap permohonan warga UiTM